7 Mac 2010 - Mereka telah mengadakan perhimpunan dan mendakwa sebagai 'Mesyuarat Agung Cawangan Kali-24 PSSCM Cawangan Selangor' :
a) Tanpa Kehadiran seorang pun Ahli Jawatankuasa Cawangan Sesi 2009-2011.
b) Tanpa menerima Laporan Tahunan 2009.
c) Tanpa menerima Laporan Kewangan Tahunan 2009.
d) Membuat usul undi tidak percaya kepada Jawatankuasa Cawangan sedia ada.
e) Memilih Jawatankuasa Cawangan yang baru sedangkan tahun 2010 tiada pemilihan Jawatankuasa Cawangan.
f) Mereka menerima Datuk Maideen sebagai Guru Utama yang baru.
g) Diiktiraf oleh Jawatankuasa Pusat.
Fakta Lain :
a) Jawatankuasa Cawangan 2009-2011 telah meminda tarikh AGM daripada 7 Mac 2010 kepada 21 Mac 2010 dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan telah memaklumkan kepada pihak Pusat (tiada respon daripada Pusat).
b) MAC-24 berjalan seperti biasa pada 21 Mac 2010.
c) Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia memaklumkan bahawa mereka telah menerima dua (2) laporan AGM PSSCM Cawangan Selangor dengan tarikh yang berlainan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan